Sunday, March 7, 2010

SMK Raja Lumu.. You ar the shaker's!!!!

6 Feb merupakan tarikh yang amat bermakna dalam diriku.. Walaupun sebelum ini aku pernah menjalankan program namun program yang aku jalankan ini merupakan salah satu program yang sangat mencabar bagi diriku. Program yang dijalankan adalah di SMK Raja Lumu, Pelabuhan Klang, Selangor. Terdiri daripada 80 orang pelajar yang semuanya terdiri daripada pengawas dan PRS. Mereka terdiri daripada 3 kaum iaitu Cina, Melayu dan juga India.
Apa yang menarik untuk aku kongsikan adalah semangat yang ditunjukkan oleh remaja ini semasa program dijalankan. Mulanya kami agak bimbang kerana kebanyakkan adalah terdiri daripada kaum cina dan india, namun apa yang telah mengubah persepsi kami ialah semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar semua terhadap modul yang kami jalankan cukup menarik hati.
komen-komen juga agak memberangsangkan dan meningkatkan semangat kami lagi untuk berhadapan dengan pelajar dari pelbagai kaum ini..
SMK Raja Lumu
Klang Selangor.. 2010.

No comments:

Post a Comment