Sunday, March 7, 2010

SMK Raja Lumu.. You ar the shaker's!!!!

6 Feb merupakan tarikh yang amat bermakna dalam diriku.. Walaupun sebelum ini aku pernah menjalankan program namun program yang aku jalankan ini merupakan salah satu program yang sangat mencabar bagi diriku. Program yang dijalankan adalah di SMK Raja Lumu, Pelabuhan Klang, Selangor. Terdiri daripada 80 orang pelajar yang semuanya terdiri daripada pengawas dan PRS. Mereka terdiri daripada 3 kaum iaitu Cina, Melayu dan juga India.
Apa yang menarik untuk aku kongsikan adalah semangat yang ditunjukkan oleh remaja ini semasa program dijalankan. Mulanya kami agak bimbang kerana kebanyakkan adalah terdiri daripada kaum cina dan india, namun apa yang telah mengubah persepsi kami ialah semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar semua terhadap modul yang kami jalankan cukup menarik hati.
komen-komen juga agak memberangsangkan dan meningkatkan semangat kami lagi untuk berhadapan dengan pelajar dari pelbagai kaum ini..
SMK Raja Lumu
Klang Selangor.. 2010.

Thursday, March 4, 2010

Mengukur Tingkat Stress anda !!!!!!!

Lihat di Gambar di bawah..





Apabila gambar yang dilihat makin cepat bergerak, maka tingkat stress anda semakin meningkat. Gambar-gambar ini digunakan untuk mengetahui level stress yang dapat ditangani oleh seseorang. Semakin perlahan pergerakan gambarnya, semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress. Seorang kriminal yang pernah di test mengatakan gambar-gambar tersebut berputar sangat cepat. Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi, ia hanyalah gambar statik..
Sejauh mana tingkat stress anda??????
Cubalah mengukurnyaa....

Alahai stress!!!!!!



Assalamuailaikum...

Salam 1 malaysia kepada kawan2 ku semua.. Lama sudah aku tidak bercoloteh di dalam blog aku nie.. Namun hari ini dan hari seterusnya akan bersama-sama kawan2 untuk bersembang dan bekongsi info yang menarik mengenai sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada kita semua...


Hari ini aku nak bagi tips ketenangan kepada kawan-kawan senua terutama kepada diri aku nie yang stress sejak laptop aku buat perangai 2,3 hari nie.. naik pening jugak aku. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua...


TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Thursday, January 7, 2010

Sedih Ku Rasakan

Hari ini aku berasa sungguh sedih kerana 3 kali masukkan password baru dapat masuk... Oh ibu... doakan ingatan anakmu ini tidak lupus ditelan zaman.

INILAH BLOG KU...



Hari ini adalah hari yang bersejarah bagi diri ku kerana inilah pertamaklinya aku dapat membina blogku sendiri. Oh ibu... kau akan bangga dengan anakmu ini yang telah mempuanyi blognya sendiri. amin..